by Raja Fariz | Feb 25, 2012 | Achievement, Online Resourses, Technology
Mindmap edisi pelayar web yang dibangunkan oleh David Richard merupakan satu lagi projek sumber terbuka.
Ia merupakan satu prototaip aplikasi peta minda HTML5 yang membolehkan anda membuat peta minda yang kemas dalam persekitaran pelayar (digalakkan menggunakan pelayar Chrome).
Walaupun aplikasi ini masih dalam status pembangunan dan masih terdapat kekurangan beberapa ciri-ciri penting, namun ia mudah untuk digunakan dan menghasilkan peta minda yang berkualiti (lihat rajah).
Menurut sumber pembangun aplikasi Mindmap ini “Anda boleh menggunakan aplikasi ini di mana jua anda berada, walaupun tiada sambungan internet. Ini adalah kerana segala-galanya yang berlaku di dalam pelayar komputer anda”.
Kini terdapat banyak aplikasi peta minda komersial yang mengenakan bayaran untuk ciri premium. Namun Mindmap ini adalah percuma, sumber terbuka dan ia penuh dengan kefungsian HTML5.
Untuk menggunakan aplikasi ini, dicadangkan menggunakan pelayar web dilengkapi fungsi HTML5 dan yang menawarkan sokongan untuk Css3, seperti Chrome 10 +, Firefox 3.6 +, Safari 5 +, Opera 10,6+, IE9 +.
Anda boleh mendapatkannya menerusi https://chrome.google.com/webstore/search/mindmap?utm_source=chrome-ntp-icon
Pilih http://mindmap.crazenut.com/index.html dan instalkan ke dalam komputer anda. Selamat Mencuba.
Editor: Sidek Ab Aziz
by Raja Fariz | Feb 21, 2012 | Achievement, Online Resourses, Technology
Oleh Ahmad Wiraputra Selamat
Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Bermula 14 Disember 2011, UPSI telah melangkahsetapak lagi ke hadapan dengan pelaksanaan sistem e-Pembelajaran MyGuru3 melalui teknologi perkomputeran awan (Cloud) yang dikendalikan sepenuhnya pihak pembekal. Melalui perkomputeran
cloud, sistem ditempatkan ke dalam rangkaian atas-permintaan (on-demand) yang mudah, stabil dan boleh diskalakan. Inisiatif cloud dimulakan apabila dianggarkan lebih 20000 pelajar PJJ akan melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)sepenuhnya melalui MyGuru pada tahun 2012.
Melalui MyGuru3, UPSI melakukan outsource ke atas infrastruktur sistem seperti operasi, hos pelayan dan peralatan rangkaian. Dalam masa yang sama, UPSI dapat memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sistem serta modul-modul baru untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan kepada kakitangan dan pelajar UPSI.
Antara faedah pelaksanaan projek ini adalah mengurangkan perbelanjaan dalam mengurus infrastruktur sistem. Pembekal pula akan menjamin kestabilan dan prestasi perkhidmatan MyGuru3 24/7 sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna dalam menggunakan sistem.
MyGuru3 berupaya menerima puluhan ribu lagi akaun pengguna serta membuka pintunya kepada penggunaan pihak lain di luar UPSI seperti IPTA dan IPTS, sekaligus memudahkan pengkomersilan. Sistem akan dibuka untuk pendaftaran pengguna bukan
sahaja di dalam UPSI tetapi juga luar UPSI melalui konsep pay per use.
UPSI kini dalam proses untuk meluaskan lagi implementasi cloud kepada sistem maklumat pelajar (MySIS) dan portal UPSI.
Dalam perkembangan lain, persidangan video melalui MyGuru yang menggunakan teknologi sumber terbuka diperluaskan lagi kepada pelajar Diploma Pendidikan MARA. Kuliah secara maya telah diadakan serentak kepada 30 pusat melalui aplikasi ini sekaligus
memudahkan proses P & P antara pensyarah di UPSI dengan pelajar yang keseluruhannya adalah guru di seluruh negara.
Berita lanjut di Buletin MEIPTA Edisi 4.
by Raja Fariz | Feb 21, 2012 | Achievement, Online Resourses, Publications
BUKU TERBARU MEIPTA. Tuan Hj Nazri menunjukkan dua buah buku hasil kerjasama MEIPTA dan KPT. Tuan Hj Nazri mempamerkan buku-buku tersebut hasil suntingan Prof Mohamed Amin Embi dan juga Prof Madya Dr Norazah Mohd Nordin.
by Raja Fariz | Feb 21, 2012 | Achievement, Online Resourses, Photos, Publications, Tips & Techniques
Ahli MEIPTA bergaya menunjukkan buku-buku yang dihasilkan oleh Pengerusi MEIPTA, Prof Dr Mohamed Amin Embi.
Siri terkini eBuku Web 2.0 Tools in Education Series terbitan Pusat Pembangunan Akademik UKM boleh dicapai secara percuma oleh pensyarah dan pelajar IPT Malaysia di URL berikut:
Web 2.0 Collaboration Tools: A Quick Guide
http://www.scribd.com/doc/81045414
Web 2.0 Social Networking Tools: A Quick Guide
http://www.scribd.com/doc/74329853
Web 2.0 Sharing Tools: A Quick Guide
http://www.scribd.com/doc/74330492
Web 2.0 Tools in Education: A Quick Guide
http://www.scribd.com/doc/58594601
Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran
http://www.scribd.com/doc/65576530
by Raja Fariz | Jan 20, 2012 | Online Resourses, Technology, Tips & Techniques, Trending
SERDANG – Sekumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) mula menggunapakai sistemedmodo.com yang mirip kepada sistem media sosialhttp://www.facebook.compada sesi pengajaran yang lalu. Sistem ciptaan Nic Borg dan Jeff O’Ha (2008) digunakan bersama-sama sistem e-pembelajaran PutraLMS (http://lms.upm.edu.my). Sepertimana sistem ePembelajaran yang lain, penggunaan edmodo begitu mudah dengan sejumlah kefungsian yang disediakan mengikut pedagogi pilihan.
“Para pelajar saya begitu teruja apabila mula diperkenalkan dengan sistem yang mirip kepada sistem facebook yang diminati dewasa ini. Mereka seronok berkongsi maklumat, fail dan dokumen serta pautan yang melibatkan kursus yang mereka ikuti “, kata Prof Dr Sidek Ab Aziz, salah seorang pensyarah UPM yang menggunakan edmodo.com untuk kursus PHY4902 Kursus Khas (Sains dan Teknologi Kaca).
Malahan Prof Sidek mengarahkan mereka memuatnaik tugasan dalam bentuk Powerpoint dan Word untuk tujuan penilaian dan dokumen tersebut dikongsikan bersama pelajar lain, disamping memaut klip video dari http://www.youtube.com yang berkaitan dengan sains dan teknologi kaca.

Fail-fail berbentuk audio dan video juga dapat dimuatnaik dan terus dapat dikongsi bersama pelajar dan pengajar. Pelajar dan pensyarah dapat membuat ulasan atau komentar terhadap dokumen yang dimuatnaik atau maklumat yang dihantar.
“Pensyarah juga diberi submodul untuk pengiraan gred aktiviti pelajar disamping memberi lencana (badge) bagi pelajar yang aktif dan trampil menggunakan sistem ini. Secara tidak langsung para pelajar dpat diberi penghargaan secara terus tanpa menunggu keputusan ujian atau peperiksaan akhir”, katanya lagi.
Lain-lain kefungsian di edmodo.com termasuklah Calendar, Grades, Library, Resources, penambahan Sub Group dan sebagainya. Proses penfdaftaran menggunakan sistem ini pun cukup mudah dengan hanya masukkan email dan userid serta password pengguna atau pelajar yang hendak menggunakan sistem ini.
Prof Sidek menyeru kepada pensyarah untuk menggunakan edmodo.com bagi menyerlahkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di zaman siber ini.