Oleh Ahmad Wiraputra Selamat
Pusat ICT, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Bermula 14 Disember 2011, UPSI telah melangkahsetapak lagi ke hadapan dengan pelaksanaan sistem e-Pembelajaran MyGuru3 melalui teknologi perkomputeran awan (Cloud) yang dikendalikan sepenuhnya pihak pembekal. Melalui perkomputeran
cloud, sistem ditempatkan ke dalam rangkaian atas-permintaan (on-demand) yang mudah, stabil dan boleh diskalakan. Inisiatif cloud dimulakan apabila dianggarkan lebih 20000 pelajar PJJ akan melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)sepenuhnya melalui MyGuru pada tahun 2012.

Melalui MyGuru3, UPSI melakukan outsource ke atas infrastruktur sistem seperti operasi, hos pelayan dan peralatan rangkaian. Dalam masa yang sama, UPSI dapat memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sistem serta modul-modul baru untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan kepada kakitangan dan pelajar UPSI.

Antara faedah pelaksanaan projek ini adalah mengurangkan perbelanjaan dalam mengurus infrastruktur sistem. Pembekal pula akan menjamin kestabilan dan prestasi perkhidmatan MyGuru3 24/7 sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna dalam menggunakan sistem.

MyGuru3 berupaya menerima puluhan ribu lagi akaun pengguna serta membuka pintunya kepada penggunaan pihak lain di luar UPSI seperti IPTA dan IPTS, sekaligus memudahkan pengkomersilan. Sistem akan dibuka untuk pendaftaran pengguna bukan
sahaja di dalam UPSI tetapi juga luar UPSI melalui konsep pay per use.

UPSI kini dalam proses untuk meluaskan lagi implementasi cloud kepada sistem maklumat pelajar (MySIS) dan portal UPSI.

Dalam perkembangan lain, persidangan video melalui MyGuru yang menggunakan teknologi sumber terbuka diperluaskan lagi kepada pelajar Diploma Pendidikan MARA. Kuliah secara maya telah diadakan serentak kepada 30 pusat melalui aplikasi ini sekaligus
memudahkan proses P & P antara pensyarah di UPSI dengan pelajar yang keseluruhannya adalah guru di seluruh negara.

Berita lanjut di Buletin MEIPTA Edisi 4.