About
Pengenalan
Keahlian MEIPTA terdiri daripada semua IPTA di Malaysia yang akan mewakilkan 2 orang terdiri daripada Ketua Penyelaras e-Pembelajaran atau OER di IPTA masing-masing. Manakala pelantikan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dipilih secara undian dalam kalangan ahli MEIPTA secara pusingan untuk tempoh dua tahun. Persidangan MEIPTA diadakan tiga atau empat kali setahun secara berkala dan tuan rumah dipilih secara bergilir antara IPTA. Sejak November 2007,mesyuarat telah berjaya diadakan sebanyak 32 kali.
Objektif
Menjadi platform untuk usaha perkongsian dan kerjasama antara IPTA berkaitan e-Pembelajaran
Vestibulum ac diam sit amet quam vehicula elementum sed sit amet dui.
Menggemblengkan kepakaran dan sumber untuk memajukan e-Pembelajaran di IPTA
Vestibulum ac diam sit amet quam vehicula elementum sed sit amet dui.
Role
Perkongsian Kepakaran
Berdasarkan kepada premis bahawa IPTA dibiayai oleh dana awam, maka Majlis akan berfungsi berlandaskan kepada falsafah perkongsian kepakaran dan sumber untuk memajukan serta memantapkan pembangunan sistem pengurusan pembelajaran, bahan pembelajaran dan amalan penggunaan e-Pembelajaran dalam kalangan IPTA
Membincangkan Isu e-Pembelajaran di kalangan IPTA
Membincangkan isu-isu bersama tentang e-Pembelajaran di IPTA dan mencari penyelesaian dan solusi secara terperinci dan inovasi terkini.
Penghubung IPTA
Berperanan sebagai penghubung antara IPTA dengan KPT dalam hal berkaitan e-Pembelajaran.
Penyelidikan & Penerbitan
Meninjau peluang-peluang perkongsian dan kerjasama antara IPTA dalam hal-hal berkaitan e-Pembelajaran. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan penerbitan bersama tentang e-Pembelajaran.