Mindmap edisi pelayar web yang dibangunkan oleh David Richard merupakan satu lagi projek sumber terbuka.
Ia merupakan satu prototaip aplikasi peta minda HTML5 yang membolehkan anda membuat peta minda yang kemas dalam persekitaran pelayar (digalakkan menggunakan pelayar Chrome).
Walaupun aplikasi ini masih dalam status pembangunan dan masih terdapat kekurangan beberapa ciri-ciri penting, namun ia mudah untuk digunakan dan menghasilkan peta minda yang berkualiti (lihat rajah).
Menurut sumber pembangun aplikasi Mindmap ini “Anda boleh menggunakan aplikasi ini di mana jua anda berada, walaupun tiada sambungan internet. Ini adalah kerana segala-galanya yang berlaku di dalam pelayar komputer anda”.
Kini terdapat banyak aplikasi peta minda komersial yang mengenakan bayaran untuk ciri premium. Namun Mindmap ini adalah percuma, sumber terbuka dan ia penuh dengan kefungsian HTML5.
Untuk menggunakan aplikasi ini, dicadangkan menggunakan pelayar web dilengkapi fungsi HTML5 dan yang menawarkan sokongan untuk Css3, seperti Chrome 10 +, Firefox 3.6 +, Safari 5 +, Opera 10,6+, IE9 +.
Anda boleh mendapatkannya menerusi https://chrome.google.com/webstore/search/mindmap?utm_source=chrome-ntp-icon
Pilih http://mindmap.crazenut.com/index.html dan instalkan ke dalam komputer anda. Selamat Mencuba.
Editor: Sidek Ab Aziz