SERDANG – Sekumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) mula menggunapakai sistemedmodo.com yang mirip kepada sistem media sosialhttp://www.facebook.compada sesi pengajaran yang lalu. Sistem ciptaan Nic Borg dan Jeff O’Ha (2008) digunakan bersama-sama sistem e-pembelajaran PutraLMS (http://lms.upm.edu.my). Sepertimana sistem ePembelajaran yang lain, penggunaan edmodo begitu mudah dengan sejumlah kefungsian yang disediakan mengikut pedagogi pilihan.
“Para pelajar saya begitu teruja apabila mula diperkenalkan dengan sistem yang mirip kepada sistem facebook yang diminati dewasa ini. Mereka seronok berkongsi maklumat, fail dan dokumen serta pautan yang melibatkan kursus yang mereka ikuti “, kata Prof Dr Sidek Ab Aziz, salah seorang pensyarah UPM yang menggunakan edmodo.com untuk kursus PHY4902 Kursus Khas (Sains dan Teknologi Kaca).
Malahan Prof Sidek mengarahkan mereka memuatnaik tugasan dalam bentuk Powerpoint dan Word untuk tujuan penilaian dan dokumen tersebut dikongsikan bersama pelajar lain, disamping memaut klip video dari http://www.youtube.com yang berkaitan dengan sains dan teknologi kaca.
Fail-fail berbentuk audio dan video juga dapat dimuatnaik dan terus dapat dikongsi bersama pelajar dan pengajar. Pelajar dan pensyarah dapat membuat ulasan atau komentar terhadap dokumen yang dimuatnaik atau maklumat yang dihantar.
“Pensyarah juga diberi submodul untuk pengiraan gred aktiviti pelajar disamping memberi lencana (badge) bagi pelajar yang aktif dan trampil menggunakan sistem ini. Secara tidak langsung para pelajar dpat diberi penghargaan secara terus tanpa menunggu keputusan ujian atau peperiksaan akhir”, katanya lagi.
Lain-lain kefungsian di edmodo.com termasuklah Calendar, Grades, Library, Resources, penambahan Sub Group dan sebagainya. Proses penfdaftaran menggunakan sistem ini pun cukup mudah dengan hanya masukkan email dan userid serta password pengguna atau pelajar yang hendak menggunakan sistem ini.
Prof Sidek menyeru kepada pensyarah untuk menggunakan edmodo.com bagi menyerlahkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di zaman siber ini.