USIM hos Sidang MEIPTA ke 18

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya menjadi hos persdangan mejabulat MEIPTA kali ke 18 pada 10 dan 11 April 2013. Persidangan kali pertama pada tahun ini bertemakan Engaging Meaningful Learning in eLearning.

Perasmian persidangan disempurnakan oleh Prof Datuk Dr Musa Ahmad selaku Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

UM hos Sidang MEIPTA ke 17

UM hos Sidang MEIPTA ke 17

KUALA LUMPUR – Universiti Malays menerusi ADeC menjadi tuan rumah bagi mesyuarat persidangan meja bulat Majlis Ketua-Ketua Pusat Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) kali ke 17 pada 3 hingga 5 Disember 2012.

Sewaktu majlis perasmian oleh Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) berkata “UM melahirkan rasa bertuah menjadi hos dan sentiasa bersedia untuk belajar dari IPTA lain khususnya berkaitan dengan e-pembelajaran. Saya percaya dengan rangkai-kata Competition  is in the past, sharing is the way forward.

Malahan konsep prkongsian menjadi platform utama di IPTA.

UM berharap secara telus MEIPTA berkongsi bersama-sama mewujudkan platform pembelajaran terbaik untuk para pelajar.

Prof Amin Terima Anugerah MAA 2012

Prof Amin Terima Anugerah MAA 2012

MEIPTA berasa amat berbangga apabila Pengerusinya iaitu Prof Dr Mohd Amin Embi telah menerima anugerah dan trofi Malaysia Achievement Award 2012 (Outstanding Achievement for Education). Syabas dan setinggi tahniah kami ucapkan. Semoga kejayaan Prof Amin menjadi pencetus kepada kejayaan ahli MEIPTA yang lain.

anugerahamin

 Prof Dari UKM Dicalonkan Untuk Anugerah Pencapaian Malaysia Pertama

RABU, 08 FEBRUARI 2012 09:40
Oleh Abdul Ghani Nasir
Sumber: http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/969-ukms-prof-amin-nominated-for-1st-malaysia-achievement-awards.html

BANGI, 3 Feb. 2012 – Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (e-Pendidikan) UKM, Prof Dr Mohamed Amin Embi, telah dipilih sebagai seorang daripada dua calon finalis penerima Anugerah Pencapaian Malaysia Pertama, bagi Kategori Pendidikan.

Pertubuhan Pencapaian Malaysia telah mengutus sepucuk surat kepada beliau Rabu kelmarin menerangkan bahawa Jawatankuasa Kerjanya telah memilih beliau sebagai finalis untuk anugerah itu kerana pencapaiannya didapati adalah suatu contoh cemerlang.

Pemilihan itu kini diserahkan kepada auditor rasmi dan Jawatankuasa Eksekutif untuk penilaian dan pemilihan terakhir bagi menentukan penerima setiap kategori.

Pertimbangan untuk anugerah itu dibuat ke atas lapan kategori termasuk perubatan, kesihatan dan kecantikan selain kesenian dan kebudayaan dengan empat finalis bagi setiap kategori terdiri dari dua pertubuhan dan dua individu.

Penyampaian anugerah kepada semua penerima di jadual berlangsung pada 23 Februari ini dalam satu majlis jamuan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Semua finalis akan menerima sijil serta piala.

Prof Amin dicalonkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi difahamkan berdasar kepada kemenangannya menerima Hadiah ISESCO untuk Sains dan Teknologi 2010.

Prof Amin adalah di antara enam saintis dari negara-negara Islam diberikan anugerah oleh pertubuhan yang ditubuhkan Organisasi Negara-Negara Islam (OIC) berpejabat di Rabat, Maghribi.

Beliau juga telah menerbitkan sebuah eBuku berjudul ‘Web 2.0 Tools in Education: A Quick Guide’ juga pada bulan Okt. 2010 yang berjaya menarik 6,000 pembaca sebahagian besar dari Amerika Syarikat, dalam tempoh tiga bulan selepas dimuat naik ke laman Scribd.com.

eBuku yang boleh dimuat turun secara percuma itu adalah sebahagian daripada usaha UKM menyumbang kepada Sumber Pendidikan Terbuka – OER (Open Educational Resource).