PROGRAM EDUCATOR 4.0 UNIVERSITI AWAM

PROGRAM EDUCATOR 4.0 UNIVERSITI AWAM

[vc_row][vc_column][vc_single_image image=”5094″ img_size=”large”][vc_column_text]MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM EDUCATOR 4.0 UNIVERSITI AWAM

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah bersetuju untuk melaksanakan Program Educator 4.0 atau E-4.0 di peringkat Universiti Awam. Program ini merupakan satu usaha terfokus melahirkan 400 jurulatih/penggerak dalam kalangan Pensyarah Universiti Awam (UA) yang berkeupayaan:

i. Menyedari keperluan untuk memikir semula pengajaran (rethinking teaching) & merekabentuk semula pembelajaran (redesigning learning) agar relevan dengan keperluan dan cara belajar Gen-Z.

ii. Memahami konsep Pendidikan 4.0 (Education 4.0) dan Pembelajaran 4.0 (Learning 4.0) yang sesuai dengan cabaran Revolusi Indsutri 4.0

iii. Mentransformasi pengajaran agar lebih interaktif dan menekankan pembelajaran aktif, imersif dan bermakna.

iv. Mengaplikasikan pendekatan Heutagogi yang menekankan pengalaman pembelajaran imersif maya (virtual learning experience).

v. Mengaplikasikan pendekatan Heutagogi yang menekankan pengalaman pembelajaran imersif teradun (blended learning experience).

vi. Mengaplikasikan pendekatan Heutagogi yang menekankan pengalaman pembelajaran bersemuka (experiential Learning experience).

Program ini akan dikendalikan oleh pasukan jurulatih utama dari Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran, UKM yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin Embi dan fasilitator dalam kalangan ahli akademik profesional yang telah memenangi pelbagai anugerah pengajaran termasuk Anugerah Akademik Negara (AAN) dan Anugerah Pemikiran & Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi (APRS).

Setiap Universiti Awam akan mengenal pasti 20 orang pensyarah untuk terlibat dalam program ini yang akan melalui LIMA fasa latihan seperti berikut dalam tempoh 8 hingga 10 bulan.

Fasa Pertama (Online Training)

Peserta mengikuti dan melengkapkan MOOC bertajuk Rethinking Teaching; Redesigning Learning (RTRL) dalam tempoh 2-4 minggu dari tarikh pendaftaran.

Fasa Kedua (Online Training)

Peserta mengikuti dan melengkapkan MOOC bertajuk Heutagogy: The Art of Engaging the Digital Natives dalam tempoh 2-4 minggu dari tarikh pendaftaran.

Fasa Ketiga (Intensive Blended Training)

Peserta mengikuti Kursus Intensif E-4.0 selama 2 hari (jadual tentatif seperti di bawah).

Fasa Keempat (Online Training)

Peserta mengikuti dan melengkapkan MOOC yang telah dibangunkan bertajuk Social Media & Learning (SMiLe) dalam tempoh 2-4 minggu dari tarikh pendaftaran.

Fasa Kelima (Imersive)

Peserta mengikuti program sehari yang dinamakan Symposium E-4.0 di mana mereka berpeluang berkongsi amalan terbaik masing-masing serta berbincang tentang isu dan cabaran yang dihadapi.

[/vc_column_text][vc_gallery interval=”3″ images=”5093,5092,5091,5090,5089″ img_size=”medium”][/vc_column][/vc_row]

Mobile Learning Workshop Series 2013

Mobile Learning Workshop Series 2013

2nd Specialized Mobile Learning Workshop – Enhancing Active Learning Using Web 2.0 Mobile Tools (14 June 2013)
https://www.dropbox.com/s/vk07b7g1s0pzxv6/%202nd%20Specialized%20Workshop%20on%20Mobile%20Learning.pdf1st National Postgraduate Symposium on Mobile Learning – Featuring Prof. Ally from Athabasca University, Canada (15 June 2013)
https://www.dropbox.com/s/ho872jvsyz4regu/1st%20National%20Postgraduate%20Symposium%20on%20Mobile%20learning%20.pdf
3rd Specialized Mobile Learning Workshop – iPad for Teaching & Learning (24 August 2013)https://www.dropbox.com/s/7el5288vz2n62mn/3rd%20Specialized%20Mobile%20Learning%20Workshop%20iPad%20for%20Teaching%20%26%20Learning.pdf

Learning Workshop

You are cordially invited to take part in the following specialized forthcoming workshops/symposium organized by the Mobile Learning Association of Malaysia:

3rd Specialized Mobile Learning Workshop – iPad for Teaching & Learning (24 August 2013)
https://www.dropbox.com/s/7el5288vz2n62mn/3rd%20Specialized%20Mobile%20Learning%20Workshop%20iPad%20for%20Teaching%20%26%20Learning.pdf
2nd Specialized Mobile Learning Workshop – Enhancing Active Learning Using Web 2.0 Mobile Tools (14 June 2013)
1st National Postgraduate Symposium on Mobile Learning – Featuring Prof. Ally from Athabasca University, Canada (15 June 2013)
For more information, please visit our website at mymlearning.wordpress.com
Prof. Dr. Mohamed Amin Embi
President,
Mobile Learning Association of Malaysia
Kursus Pendek Perisian e-Learning: Moodle 10-13 Jun 2013

Kursus Pendek Perisian e-Learning: Moodle 10-13 Jun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), Universiti Teknologi Malaysia ingin mempelawa penyertaan daripada institusi tuan untuk mengikuti Kursus Pendek Perisian e-Learning:  Moodle Short Course 2013 yang akan diadakan pada 10 – 13 Jun 2013 di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur.

Moodle ialah perisian e-Learning sumber terbuka yang sangat popular dan telah digunakan dengan meluas oleh pendidik di universiti, kolej dan sekolah di seluruh dunia.  Dengan menggunakan perisian ini tenaga pengajar boleh membangunkan laman web yang dinamik untuk kelas mereka dan menghasilkan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mewujudkan suasana pembelajaran secara online yang lebih berkesan.

Kursus yang kami tawarkan ini adalah bersifat hands on sepenuhnya dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan sistem e-Learning Moodle di UTM.  Kursus ini ditawarkan dalam dua modul berbeza dan peserta boleh memilih untuk menghadiri salah satu modul atau kedua-duanya sekali.

     i.         IInstructor Module ( 10 – 11 Jun 2013)

Modul untuk pengajar bagi membangunkan laman web untuk kelas masing-masing dan menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berkesan untuk pelajar.

 

  ii.         AAdministrator Module ( 12 – 13 Jun 2013)

Modul untuk pentadbir sistem yang ingin memasang dan menguruskan perisian moodle pada server di institusi masing-masing.

 

Keterangan lanjut mengenai isi kandungan kursus dan juga borang melalui link berikut atau melalui laman web http://ctl.utm.my/moodle2013.  Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai perjalanan kursus, kemudahan penginapan dan lain-lain silalah berhubung terus dengan kami di no. tel. 07 5537852/37853.

Brosur kursus boleh diperolehi di sini: http://ctl.utm.my/web/files/brochure13.pdf

2nd Specialized Workshop on Mobile Learning

The Mobile Learning Association of Malaysia will be organizing the 2nd Specialized Workshop on Mobile Learning on the 14th of June 2013 at Bilik Majlis, UKM with discounted fee for members. Attached is the brochure for the workshop.

Alternatively, you can download the information about the workshop at
The workshop is open only for 40 registered users, so please confirm your participation as before 31 May 2013.