Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), Universiti Teknologi Malaysia ingin mempelawa penyertaan daripada institusi tuan untuk mengikuti Kursus Pendek Perisian e-Learning: Moodle Short Course 2013 yang akan diadakan pada 10 – 13 Jun 2013 di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur.
Moodle ialah perisian e-Learning sumber terbuka yang sangat popular dan telah digunakan dengan meluas oleh pendidik di universiti, kolej dan sekolah di seluruh dunia. Dengan menggunakan perisian ini tenaga pengajar boleh membangunkan laman web yang dinamik untuk kelas mereka dan menghasilkan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mewujudkan suasana pembelajaran secara online yang lebih berkesan.
Kursus yang kami tawarkan ini adalah bersifat hands on sepenuhnya dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan sistem e-Learning Moodle di UTM. Kursus ini ditawarkan dalam dua modul berbeza dan peserta boleh memilih untuk menghadiri salah satu modul atau kedua-duanya sekali.
i. IInstructor Module ( 10 – 11 Jun 2013)
Modul untuk pengajar bagi membangunkan laman web untuk kelas masing-masing dan menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berkesan untuk pelajar.
ii. AAdministrator Module ( 12 – 13 Jun 2013)
Modul untuk pentadbir sistem yang ingin memasang dan menguruskan perisian moodle pada server di institusi masing-masing.
Keterangan lanjut mengenai isi kandungan kursus dan juga borang melalui link berikut atau melalui laman web http://ctl.utm.my/moodle2013. Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai perjalanan kursus, kemudahan penginapan dan lain-lain silalah berhubung terus dengan kami di no. tel. 07 5537852/37853.