KUALA LUMPUR – Universiti Malays menerusi ADeC menjadi tuan rumah bagi mesyuarat persidangan meja bulat Majlis Ketua-Ketua Pusat Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) kali ke 17 pada 3 hingga 5 Disember 2012.

Sewaktu majlis perasmian oleh Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) berkata “UM melahirkan rasa bertuah menjadi hos dan sentiasa bersedia untuk belajar dari IPTA lain khususnya berkaitan dengan e-pembelajaran. Saya percaya dengan rangkai-kata Competition  is in the past, sharing is the way forward.

Malahan konsep prkongsian menjadi platform utama di IPTA.

UM berharap secara telus MEIPTA berkongsi bersama-sama mewujudkan platform pembelajaran terbaik untuk para pelajar.