Web 2.0 Tools in Education Series

Web 2.0 Tools in Education Series

Ahli MEIPTA bergaya menunjukkan buku-buku yang dihasilkan oleh Pengerusi MEIPTA, Prof Dr Mohamed Amin Embi.

Siri terkini eBuku Web 2.0 Tools in Education Series terbitan Pusat Pembangunan Akademik UKM boleh dicapai secara percuma oleh pensyarah dan pelajar IPT Malaysia di URL berikut:

Web 2.0 Collaboration Tools: A Quick Guide
http://www.scribd.com/doc/81045414

Web 2.0 Social Networking Tools: A Quick Guide
http://www.scribd.com/doc/74329853

Web 2.0 Sharing Tools: A Quick Guide
http://www.scribd.com/doc/74330492

Web 2.0 Tools in Education: A Quick Guide
http://www.scribd.com/doc/58594601

Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran
http://www.scribd.com/doc/65576530

Edmodo.com tingkatkan aktiviti e- Pembelajaran

Edmodo.com tingkatkan aktiviti e- Pembelajaran

SERDANG – Sekumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) mula menggunapakai sistemedmodo.com yang mirip kepada sistem media sosialhttp://www.facebook.compada sesi pengajaran yang lalu. Sistem ciptaan Nic Borg dan Jeff O’Ha (2008) digunakan bersama-sama sistem e-pembelajaran PutraLMS (http://lms.upm.edu.my). Sepertimana sistem ePembelajaran yang lain, penggunaan edmodo begitu mudah dengan sejumlah kefungsian yang disediakan mengikut pedagogi pilihan.

“Para pelajar saya begitu teruja apabila mula diperkenalkan dengan sistem yang mirip kepada sistem facebook yang diminati dewasa ini. Mereka seronok berkongsi maklumat, fail dan dokumen serta pautan yang melibatkan kursus yang mereka ikuti “, kata Prof Dr Sidek Ab Aziz, salah seorang pensyarah UPM yang menggunakan edmodo.com untuk kursus PHY4902 Kursus Khas (Sains dan Teknologi Kaca).

Malahan Prof Sidek mengarahkan mereka memuatnaik tugasan dalam bentuk Powerpoint dan Word untuk tujuan penilaian dan dokumen tersebut dikongsikan bersama pelajar lain, disamping memaut klip video dari http://www.youtube.com yang berkaitan dengan sains dan teknologi kaca.


Fail-fail berbentuk audio dan video juga dapat dimuatnaik dan terus dapat dikongsi bersama pelajar dan pengajar. Pelajar dan pensyarah dapat membuat ulasan atau komentar terhadap dokumen yang dimuatnaik atau maklumat yang dihantar.
“Pensyarah juga diberi submodul untuk pengiraan gred aktiviti pelajar disamping memberi lencana (badge) bagi pelajar yang aktif dan trampil menggunakan sistem ini. Secara tidak langsung para pelajar dpat diberi penghargaan secara terus tanpa menunggu keputusan ujian atau peperiksaan akhir”, katanya lagi.

Lain-lain kefungsian di edmodo.com termasuklah Calendar, Grades, Library, Resources, penambahan Sub Group dan sebagainya. Proses penfdaftaran menggunakan sistem ini pun cukup mudah dengan hanya masukkan email dan userid serta password pengguna atau pelajar yang hendak menggunakan sistem ini.

Prof Sidek menyeru kepada pensyarah untuk menggunakan edmodo.com bagi menyerlahkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di zaman siber ini.

eBuku Percuma

eBuku Percuma

Penerbitan Web 2.0 in Education Series untuk kegunaan Pensyarah & Pelajar 
Pusat Pembangunan Akademik UKM telah menerbitkan beberapa ebuku dalam Web 2.0 in Education Series yang boleh dimuat turun dari URL berikut:
Google Analytics bantu analisa penggunaan LMS

Google Analytics bantu analisa penggunaan LMS

Google Analytics merupakan salah satu teknologi  Internet daripada syarikat Google Inc. yang diberikan secara percuma untuk pentadbir sistem mengenalpasti corak pengunjung laman sesawang bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian dan persembahan. Melalui Google Analytics, pelbagai jenis pelaporan terperinci dapat dihasilkan bagi membantu pentadbir membuat keputusan.  Antara fungsi-fungsi Google Analytics diringkaskan seperti Rajah di bawah.

 Maklumat lanjut penggunaan Google Analytics tersedia di dalam laman sesawanghttp://www.google.com/analytics.  Secara ringkasnya, seseorang pentadbir (admin) hanya memerlukan satu akaun Google yang boleh didaftarkan secara percuma. Setelah mendaftar, pengguna boleh membuat konfigurasi profail Web dan menyelitkan kod Javascript yang dijana oleh Google Analytics. Kod tersebut perlu disertakan di dalam setiap laman sistem dalam konteks ini sistem merujuk kepada sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Sistem Moodle versi 2.1 juga menyediakan kemudahan untuk pentadbir sistem menyelitkan kod Google Analytics ke setiap laman.

Penggunaan perkhidmatan Google Analytics dapat membantu pentadbir sistem dan juga pemberi perkhidmatan e-pembelajaran menganalisa corak penggunaan sistem agar pengurusan sistem dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Rajah berikut merupakan contoh laporan yang dijana perkhidmatan Google Analytics. Laporan terperinci boleh dijana dalam pelbagai format dokumen dan boleh diemel secara terus kepada sesiapa yang memerlukan laporan tersebut.