by Raja Fariz | Jan 20, 2012 | Online Resourses, Technology, Tips & Techniques, Trending
SERDANG – Sekumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) mula menggunapakai sistemedmodo.com yang mirip kepada sistem media sosialhttp://www.facebook.compada sesi pengajaran yang lalu. Sistem ciptaan Nic Borg dan Jeff O’Ha (2008) digunakan bersama-sama sistem e-pembelajaran PutraLMS (http://lms.upm.edu.my). Sepertimana sistem ePembelajaran yang lain, penggunaan edmodo begitu mudah dengan sejumlah kefungsian yang disediakan mengikut pedagogi pilihan.
“Para pelajar saya begitu teruja apabila mula diperkenalkan dengan sistem yang mirip kepada sistem facebook yang diminati dewasa ini. Mereka seronok berkongsi maklumat, fail dan dokumen serta pautan yang melibatkan kursus yang mereka ikuti “, kata Prof Dr Sidek Ab Aziz, salah seorang pensyarah UPM yang menggunakan edmodo.com untuk kursus PHY4902 Kursus Khas (Sains dan Teknologi Kaca).
Malahan Prof Sidek mengarahkan mereka memuatnaik tugasan dalam bentuk Powerpoint dan Word untuk tujuan penilaian dan dokumen tersebut dikongsikan bersama pelajar lain, disamping memaut klip video dari http://www.youtube.com yang berkaitan dengan sains dan teknologi kaca.
Fail-fail berbentuk audio dan video juga dapat dimuatnaik dan terus dapat dikongsi bersama pelajar dan pengajar. Pelajar dan pensyarah dapat membuat ulasan atau komentar terhadap dokumen yang dimuatnaik atau maklumat yang dihantar.
“Pensyarah juga diberi submodul untuk pengiraan gred aktiviti pelajar disamping memberi lencana (badge) bagi pelajar yang aktif dan trampil menggunakan sistem ini. Secara tidak langsung para pelajar dpat diberi penghargaan secara terus tanpa menunggu keputusan ujian atau peperiksaan akhir”, katanya lagi.
Lain-lain kefungsian di edmodo.com termasuklah Calendar, Grades, Library, Resources, penambahan Sub Group dan sebagainya. Proses penfdaftaran menggunakan sistem ini pun cukup mudah dengan hanya masukkan email dan userid serta password pengguna atau pelajar yang hendak menggunakan sistem ini.
Prof Sidek menyeru kepada pensyarah untuk menggunakan edmodo.com bagi menyerlahkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di zaman siber ini.
by Raja Fariz | Dec 28, 2011 | Achievement, Online Resourses, Publications, Technology, Trending
[slideshare id=10705644&doc=imulearningseries-facebookforlearningandteaching-111228020327-phpapp02]
View more presentations from Zaid Alsagoff
by Raja Fariz | Oct 28, 2011 | Achievement, Online Resourses, Technology, Tips & Techniques, Trending
Google Analytics merupakan salah satu teknologi Internet daripada syarikat Google Inc. yang diberikan secara percuma untuk pentadbir sistem mengenalpasti corak pengunjung laman sesawang bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian dan persembahan. Melalui Google Analytics, pelbagai jenis pelaporan terperinci dapat dihasilkan bagi membantu pentadbir membuat keputusan. Antara fungsi-fungsi Google Analytics diringkaskan seperti Rajah di bawah.
Maklumat lanjut penggunaan Google Analytics tersedia di dalam laman sesawanghttp://www.google.com/analytics. Secara ringkasnya, seseorang pentadbir (admin) hanya memerlukan satu akaun Google yang boleh didaftarkan secara percuma. Setelah mendaftar, pengguna boleh membuat konfigurasi profail Web dan menyelitkan kod Javascript yang dijana oleh Google Analytics. Kod tersebut perlu disertakan di dalam setiap laman sistem dalam konteks ini sistem merujuk kepada sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Sistem Moodle versi 2.1 juga menyediakan kemudahan untuk pentadbir sistem menyelitkan kod Google Analytics ke setiap laman.
Penggunaan perkhidmatan Google Analytics dapat membantu pentadbir sistem dan juga pemberi perkhidmatan e-pembelajaran menganalisa corak penggunaan sistem agar pengurusan sistem dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Rajah berikut merupakan contoh laporan yang dijana perkhidmatan Google Analytics. Laporan terperinci boleh dijana dalam pelbagai format dokumen dan boleh diemel secara terus kepada sesiapa yang memerlukan laporan tersebut.
by Raja Fariz | Sep 23, 2011 | Publications, Technology, Trending, Workshop
Pusat Pembangunan Akademik, UKM telah membangunkan aplikasi mudah alih
(mobile) untuk manfaat semua pensyarah IPT Malaysia yang dikenali sebagai
JiT2U (Just-in-time Training 2U). Aplikasi ini boleh diakses oleh telefon
pintar dan tablet (Apple & Android-based) atau melalui pelayan web komputer
masing-masing di URL berikut:
http://jitzu.ukm.my/web20
PPA juga telah menerbitkan ebuku bertajuk ‘Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran
& Pembelajaran’ yang boleh dicapai dan dimuat turuan dari
http://www.scribd.com/doc/65576530
atau ebook interaktif
http://www.flipsnack.com/flips/c63951af72a2599b309d1ad65q319668
by Raja Fariz | Aug 12, 2011 | Publications, Technology
Alhamdulillah, semua buku dan buletin MEIPTA kini boleh dicapai dan dibaca secara interaktif melalui URL berikut:
Buku: Web 2.0 Tools in Education
http://www.flipsnack.com/flips/07a0e734cb005effc2467a0b9q223583
Slaid powerpoint mengenai 20 web 2.0 tools yg dihuraikan dalam buku Web 2.0 Tools in Education ini juga boleh dicapai dan dimuat turun utk manfaat semua ahli MEIPTA dari
http://www.slideshare.net/ProfDrAmin (disediakan dalam BI & BM)
Buku: e-Learning in Malaysian HEIs
http://www.flipsnack.com/flips/7699ade183289c55ab3c9217fq223598
Amalan, Keberkesanan & Cabaran e-Pembelejaran di Malaysia
http://www.flipsnack.com/my-flipping-books/details?flip=cff197138d46f45009e387058q232903
Buku: e-Pembelajaran@IPTA Malaysia
http://www.flipsnack.com/my-flipping-books/details/?flip=61fb84b430f8491d91121b285q233233
Buletin MEIPTA 1
http://www.flipsnack.com/my-flipping-books/details/?flip=4567a52fb2eb64d6d07a9ae0fq230998
Buletin MEIPTA 2
http://www.flipsnack.com/flips/d32a873e370f0996cad181a4aq231618
Slaid powerpoint mengenai 20 web 2.0 tools yg dihuraikan dalam buku Web 2.0 Tools in Education juga boleh dicapai dan dimuat turun utk manfaat semua ahli MEIPTA
Sekian. Salam Ramadan. Moga perkongsian ilmu antara kita semua diberkati Allah insyallah.
by Raja Fariz | Jul 7, 2011 | Achievement, Online Resourses, Technology, Tips & Techniques, Trending
http://www.articulate.com/
Empower rapid e-learning with a set of powerful authoring tools. |
Quickly create Flash-based presentations and e-learning courses from PowerPoint. |
Effortlessly craft Flash-based quizzes, assessments and surveys. |
Easily add stunning interactive content to your e-learning courses. |
Effectively track e-learning activity without the usual cost and hassle. |