Persidangan MEIPTA ke 19 di UMS

KOTA KINABALU SABAH – Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (EIPTA) kali ke 19 dilangsungkan di Universiti Malaysia Sabah pada 5-6 September 2013, buat kali kedua di Negeri Di Bawah Bayu.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y Bgh Prof Dr Shariff A. K. Omang, Timbalan Naib Canselor (Akdemik dan Antarabangsa). Dalam ucapannya beliau turut menyatakan “Staf akademik UMS turut diberi latihandalam e-Pembelajara dan juga OER (Open Educational Resources).

“UMS telah berjaya menjalankan 200 kursus telah dijalankan secara mod blended, satu kejayaan e-Pembelajaran UMS”, katanya lagi.

Beliau turut menyampaikan dua buah buku terbitan MEIPTA dan KPT kepada setiap wakil delegasi IPTA. Buku tersebut adalah Open Educational Resources in Malaysian Higher Learning Institutions dan Mobile Learning: Malaysian Initiatives and Research Findings.

Kod QR Cetus Pembelajaran Aktif

Kod QR Cetus Pembelajaran Aktif

Oleh Prof Dr Sidek Ab Aziz & Prof Madya Dr Marzanah Abdul Jabar

Universiti Putra Malaysia

Bermain dengan kod? Pastinya menjadi satu pertanyaan di kalangan pelajar atau pun pengajar? Kod apa hendak dimainkan bagi menjadikan pembelajaran lebih aktif lagi menarik? Boleh ke kita gunakan kod palang (bar code)? Sekadar hendak mencipta kod palang memanglah mudah. Anda  boleh dapatkan perkhidmatan percuma secara online diantaranya seperti berikut:

Pada dasarnya kod palang (bar code) terdiri dari jalur hitam dan putih yang mempunyai ketebalan yang berbeza. Setiap jalur mewakili nombor yang boleh dibaca oleh pengecam laser. Kod palang dapat dibaca walaupun pada permukaan tidak rata. Kod palang terdiri data ringkas yang akan disambung kepada sistem komputer bagi mendapatkan maklumat lanjut atau huraian terhadap produk seperti harga barangan dagangan, perkhidmatan yang diberikan dan sebagainya.  Contoh kegunaan kod palang di sektor pendidikan adalah di perpustakaan bagi mengenalpasti majalah atau buku, masing-masing  melalui nombor ISSN dan ISBN. Maklumat ringkas dalam kod palang boleh juga terdiri dari teks.

Berikut adalah contoh kod palang yang telah dijanakan secara online, namun bilangan aksara yang banyak menjadikan ianya tidak begitu praktikal.

 

bm1Lazimnya kandungan pada kod palang tercetak di bahagian bawah atau atas kod. Untuk mengimbas kod ini anda memerlukan pengecam LASER yang dihubungkan kepada rangkaian sistem komputer. Sudah tentulah agak sukar digunakan untuk aktiviti P&P.

Kini, muncul kod yang dkenali sebagai  kod QR (Quick Response) iaitu singkatan untuk kod Respons Pantas merupakan  kod bar matriks tertentu atau kod 2D yang boleh dibaca oleh pembaca kod bar QR khusus atau  telefon pintar yang dilengkapi kamera. Kod ini terdiri daripada modul hitam disusun dalam corak persegi pada latar belakang putih. Maklumat dikodkan mungkin teks, URL, atau data yang lain. Semakin banyak maklumat, semakin rumitlah gambar kod QR yang dihasilkan. Namun yang menarik adalah apabila maklumat yang terkandung dalam kod mengandungi URL, secara pantas laman web berkenaan akan dipautkan.

 

BM2

Apalah maklumat yang terkandung dalam siri kod QR ini? Untuk mengetahuinya sila halakan tefon pintar, iPAD atau gadget android yang mempunyai aplikasi pembaca kod QR kepada satu persatu gambar-gambar  ini.

 

Cadangan Penggunaan  kod QR dalam P&P

Kita boleh menggalakan pelajar mencipta kod QR mereka yang dapat dihubungkan ke resume, portfolio atau laman web mereka. Dengan yang demikian kita mampu memberi galakan dan inovasi untuk pelajar menghasilkan penulisan teknikal yang lebih berkualiti.

Pengajar boleh menghasilkan kod QR yang dihubungkan ke contoh penyelesaian, tugasan, URL, laman web atau terus ke persembahan YouTUBE.

Integrasi QR dengan aktiviti PBL or atau projek dimana pelajar boleh menghasilkan kod yang dapat dihubungkan dengan kandungan yang telah dihasilkan secara berkumpulan.

Kod QR mampu menggerakkan inisiatif persekitaran hijau seperti mengurangkan penggunaan cetakan kertas, dengan pensyarah memberikan QR kepada pelajar untuk mereka merujuk kepada arahan, pengumuman atau tugasan.  Hal ni akan menjimatkan ruang dan menjadikan perjalanan kuliah mesra hijau.

Pensyarah boleh melakukan aktivit P&P seperti Treasure Hunt dengan meletakkan kod QR di pelbagai lokasi di ruang pembelajaran yang membawa pelajar berinteraksi ke aktiviti pembelajaran secara online, videos atau kandungan interaktif.

Pelajar juga boleh menyemak jawapan mereka dengan mengimbas kod QR seusai ujian atau tugasan.  Sebagai pengajar anda boleh membuat pemantauan secara visual apabila pelajar menyemak tugasan mereka serta bagaimana tugasan mereka telah diselesaikan.  Ini membolehkan pengajar memantau pembelajaran individu dan seterus memberi ruang untuk pelajar membuat refleksi.

Kursus Pendek Perisian e-Learning: Moodle 10-13 Jun 2013

Kursus Pendek Perisian e-Learning: Moodle 10-13 Jun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), Universiti Teknologi Malaysia ingin mempelawa penyertaan daripada institusi tuan untuk mengikuti Kursus Pendek Perisian e-Learning:  Moodle Short Course 2013 yang akan diadakan pada 10 – 13 Jun 2013 di Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Kuala Lumpur.

Moodle ialah perisian e-Learning sumber terbuka yang sangat popular dan telah digunakan dengan meluas oleh pendidik di universiti, kolej dan sekolah di seluruh dunia.  Dengan menggunakan perisian ini tenaga pengajar boleh membangunkan laman web yang dinamik untuk kelas mereka dan menghasilkan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mewujudkan suasana pembelajaran secara online yang lebih berkesan.

Kursus yang kami tawarkan ini adalah bersifat hands on sepenuhnya dan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan sistem e-Learning Moodle di UTM.  Kursus ini ditawarkan dalam dua modul berbeza dan peserta boleh memilih untuk menghadiri salah satu modul atau kedua-duanya sekali.

     i.         IInstructor Module ( 10 – 11 Jun 2013)

Modul untuk pengajar bagi membangunkan laman web untuk kelas masing-masing dan menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berkesan untuk pelajar.

 

  ii.         AAdministrator Module ( 12 – 13 Jun 2013)

Modul untuk pentadbir sistem yang ingin memasang dan menguruskan perisian moodle pada server di institusi masing-masing.

 

Keterangan lanjut mengenai isi kandungan kursus dan juga borang melalui link berikut atau melalui laman web http://ctl.utm.my/moodle2013.  Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai perjalanan kursus, kemudahan penginapan dan lain-lain silalah berhubung terus dengan kami di no. tel. 07 5537852/37853.

Brosur kursus boleh diperolehi di sini: http://ctl.utm.my/web/files/brochure13.pdf

2nd Specialized Workshop on Mobile Learning

The Mobile Learning Association of Malaysia will be organizing the 2nd Specialized Workshop on Mobile Learning on the 14th of June 2013 at Bilik Majlis, UKM with discounted fee for members. Attached is the brochure for the workshop.

Alternatively, you can download the information about the workshop at
The workshop is open only for 40 registered users, so please confirm your participation as before 31 May 2013.

3rd Learning Innovation Talks (LIT) on 22 May (2013)

“The 3rd Learning Innovation Talks (LIT) on 22 May (2013) is organized by the International Medical University (IMU). This is the first LIT to be done fully online (Online Seminar).
5 BIG REASONS to attend LIT 03:·         FIRST 1-Day Online Seminar held by a University in Malaysia.

·         Opportunity to connect and engage with AWESOME EDUCATORS.

·         Learn SIZZLING NEW TRICKS and tips on how to use technology to transform learning.

·         Exposure to the LATEST TRENDS in e-learning.

·         Will Get a DIGITAL CERTIFICATE OF ATTENDANCE if you register and attend (the whole day).

Oops, I forgot to mention that this online seminar is FREE! What are you waiting for?

LIT 03 website: http://lit03.blogspot.com/

Online Registration: https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEp2dzRkc2dVbURjbUltbmFWV0RKaVE6MA

Speakers: http://lit03.blogspot.com/p/speakers.html

LIT History (in short): http://lit03.blogspot.com/p/lit-story.html

LIT 03 Poster: http://www.scribd.com/doc/137689767/Learning-Innovation-Talks-3-LIT03

 

This is an amazing opportunity to learn from some of the most exciting and innovative teachers, professors and learning specialists in Malaysia (and 2 International speakers, too) from your computer, so please take advantage of it.”