Mulai awal tahun 2012, Pusat Pembangunan Akademik (CADe) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar UPM telah menganjurkan pelbagai kursus yang berkaitan dengan e-Pembelajaran. Diantara kursus yang dianjurkan termasuklah Kursus Mind Mapping pada 17 Januari 2012 (Selasa) di Dewan Ibnu Sina Pusat Islam,  Kursus Lecture Maker (18-19 April 2012) di Makmal Komputer Kejuruteraan, dan kursus Tools for e-Learning Content Development (3 Mei 2012), Kursus Camtasia (15 Mei 2012) serta Kursus Raptivity (22 Mei 2012) di Makmal Zetta iDEC UPM. Manakala akhir bulan Mei 2012,  Kursus Make Learning Fun: Web 2.0 – Go World dilaksanakan pada 29 Mei 2012 (Selasa), juga di Makmal Zetta, iDEC Putra Infoport, UPM. Lebih dari 200 pensyarah UPM telah mengikuti dengan jayanya kursus tersebut.
Diantara pengajar kursus tersebut termasuklah Prof Madya Dr Zaidan Abdul Wahab yang mengendalikan Kursus Camtasia, Kursus Raptivity oleh Dr Amir Rizaan Abdul Rahman dan Prof. Dr. Sidek Hj. Ab Aziz bagi kursus Tools for e-Learning Content Development, Lecture Maker dan Make Learning Fun: Web 2.0 – Go World.