Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) Ke-36 (Bil. 2/2018) yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11 sehingga 13 Julai 2018 (Rabu sehingga Jumaat)
Masa : (Aturcara dilampirkan)
Tempat : Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh PM Dr. Wan Zuhainis (UPM) menggantikan PM Dr. Alyani yang menjalani sabatikal perkhidmatan selama sembilan bulan.
Aktiviti MEIPTA bermula dengan lawatan enam ruang pembelajaran (learning spaces) bermula dengan CUBE@FSKTM UM.
Diikuti oleh ruang pembelajaran di fakulti kejuruteraan.
Ruang pembelajaran di sekolah pasca siswazah ilmu perniaagan amat menarik sekali contoh seperti Marketing Lab yang merekod tingkah laku pelajar semasa scenario dunia perniagaan di hadapi dan bagaimana mereka menghadapi dan mendapatkan penyelesaian.
Ruang trading juga memberikan pelajar update terkini Bloomberg.
Seterusnya lawatan ke ruang pembelajaran di sekolah pengajian agama Islam.
Collaborative learning area (CoLA) sering disalah tafsirkan sebagai Cost of Living Allowance 😃
Lawatan berakhir di ruang pembelajaran Fakulti Pendidikan UM.