Oleh MOHD KOHARUDIN BIN MOHD BALWI

Kertas ini mendedahkan perkembangan, pembangunan dan penerimaan pelaksanaan program e-pembelajaran di pelbagai universiti di Malaysia. Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga merupakan pengerusi Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC). Di antara inisiatif NITA ialah pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). NITC mempunyai Agenda Strategik Teras yang antara lain merupakan objektif terpenting bagi memastikan penglibatan masyarakat secara menyeluruh dalam jaringan global seperti e-ekonomi, e-perhidmatan awam, ekomuniti, e pembelajaran dan e-kedaulatan. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta telah diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan Agenda E-Pembelajaran Kebangsaan. Lantaran itu beberapa Universiti di Malaysia telah memulakan inisiatif program e-pembelajaran untuk pelajarpelajar mereka. Melalui program e-pembelajaran ini, pelajar didedahkan dengan bentuk pembelajaran yang baru kerana bahan pembelajaran dapat dicapai di mana-mana dan pada bilabila masa

Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 55–72
© Universiti Teknologi Malaysia

Sumber: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/41/E/JTDIS41E5.pdf